Polis cari empat lelaki lepas tembakan ke udara semasa upacara kuil

Polis mencari lelaki yang melepaskan tembakan ke udara semasa upacara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong Tanjung Karang, Selangor, baru-baru ini.
Polis mencari lelaki yang melepaskan tembakan ke udara semasa upacara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong Tanjung Karang, Selangor, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesan empat lelaki yang melepaskan tembakan ke udara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong Tanjung Karang, Selangor, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ia susulan tular satu video memaparkan beberapa orang lelaki melepaskan tembakan ke udara dengan menggunakan sepucuk senapang patah.

Menurutnya, sebanyak 15 hingga 20 tembakan dilepaskan dipercayai berlaku semasa satu upacara di kuil tersebut pada tengah hari, 12 Mei lalu.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

"Empat orang lelaki berumur lingkungan 30 hingga 67 tahun telah dikenal pasti dan akan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan: