Rodziah edar 'bubur lambuk istimewa Batu Tiga'

Rodziah (dua, kanan) mengedarkan 'bubur lambuk Batu Tiga' kepada orang awam di sekitar DUN Batu Tiga. berjaya dibongkar pihak berkuasa
Rodziah (dua, kanan) mengedarkan 'bubur lambuk Batu Tiga' kepada orang awam di sekitar DUN Batu Tiga. berjaya dibongkar pihak berkuasa
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 5,000 pek 'bubur lambuk istimewa Batu Tiga' diagihkan secara percuma di sekitar kawasan itu dalam tempoh lima hari bermula Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, bubur lambuk itu diedarkan ke masjid, surau dan stesen komuter (KTM) sekitar DUN Batu Tiga.

Menurutnya, beliau sendiri turun padang untuk mengagihkan sebanyak 100 pek bubur lambuk di Stesen KTM Padang Jawa bermula jam 5.30 petang sehingga habis.

Katanya, sebanyak 350 pek bubur lambuk lagi dihantar pihaknya ke surau-surau dan masjid-masjid sekitar kawasan Batu Tiga.

"Katanya, antara kawasan tersebut ialah Masjid As Solihin Padang Jawa, Surau Ar Raudhah Pangsapuri Putri Padang Jawa, Surau Rabiatul Adawiyah Padang Jawa, Surau Al Muhajirin Sungai Rasah, Surau Al Hijrah Rimba Jaya dan Surau Nurul Iman Seksyen 17.

"Hari ini kita akan edarkan lagi bubur lambuk di surau-surau dan masjid-masjid di kawasan Seksyen 18 dan Seksyen 19 pula," katanya.

Rodziah berkata, aktiviti agihan bubur lambuk percuma itu merupakan aktiviti wajib yang dijalankan pihaknya pada setiap bulan Ramadan.

"Bubur lambuk Batu Tiga ni bukan biasa-biasa tapi pernah memenangi pertandingan di tempat kedua, selepas Bubur Lambuk Kampung Baru," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Rodziah berkata, bagi sepanjang lima hari ini sebanyak 12 periuk diperuntukkan untuk memasak bubur lambuk istimewa itu.

"Satu periuk boleh menghasilkan kira-kira 420 pek bubur lambuk yang dimasak dengan kerjasama Sukarelawan Batu Tiga," katanya.