Tiada kenaikan tol Lebuhraya E22

Jamal (kanan) mencuba pakaian baharu kepada salah seorang penerima bantuan program berkenaan di Plaza Angsana, Johor Bahru, hari ini.
Jamal (kanan) mencuba pakaian baharu kepada salah seorang penerima bantuan program berkenaan di Plaza Angsana, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Senai Desaru Expressway Berhad (SDEB) E22 mengesahkan tiada kenaikan kadar tol akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat terutama ketika menjelangnya musim perayaan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Abd Nasir Taharim berkata, kadar tol dikenakan untuk pengguna lebuh raya E22 akan kekal sama iaitu kali terakhir berlakunya kenaikan adalah pada 2015 lalu.

“Mengenai diskaun tol untuk Aidilfitri tahun ini sebenarnya kita dah berikan sepanjang tahun lalu. Sepatutnya ada kenaikan pada 2017 tetapi perkara itu tidak dilaksanakan.

“Usaha itu juga merujuk kepada perjanjian konsesi yang kita telah persetujui sebelum ini. Lebuhraya E22 telah dibuka sejak tahun 2009 dan sepanjang tempoh ini hanya sekali kenaikan sahaja dibuat iaitu pada tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada progran persiapan Aidilfitri E22 bersama pelajar kurang berkemampuan di Plaza Angsana di sini hari ini.

Pada program itu seramai 38 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram yang terdiri daripada keluarga asnaf dan kurang bernasib baik telah dipilih untuk menerima sumbangan wang untuk membeli baju raya tahun ini.

“Setiap tahun sejak 2016 SDEB telah memilih pelajar dari sekolah harian biasa untuk diraikan sebelum menjelangnya hari raya. Setiap pelajar ini akan diberikan wang berjumlah RM300 seorang untuk membeli pakaian atau kelengkapan masing-masing.

“Program ini berlangsung seharian yang mana selepas ini kita juga akan menjamu mereka dalam majlis berbuka puasa. Diharapkan bantuan seperti ini dapat memberikan sedikit sinar kegembiraan kepada penerima,” katanya.

Artikel Berkaitan: