X

Kindly register in order to view this article
!

Chefmanship Akademi melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan

MBSA yang diwakili (dari kiri) Timbalan Setiausaha merangkap Pengarah Pelesenan, Rosli Bakar; Timbalan Datuk Bandar, Mohd Rashidi Ruslan dan Ketua Ahli Majlis, Kamarudzaman Sanusi, menerima replika cek sumbangan tajaan bernilai RM123,000 daripada Unilever Food Solutions Malaysia yang diwakili oleh Nusrat Perveen.
A
A

CHEFMANSHIP Akademi (CA) yang dikelolakan oleh Unilever Food Solutions (UFS) memperkenalkan dua modul terbaharu iaitu Ke Arah Kelestarian Hijau (Go Green) serta satu lagi inisiatif untuk memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita, mengikut usaha peningkatan berterusan yang wajar dengan trend terkini dalam industri perkhidmatan makanan.

Pada majlis pelancaran acara CA di Auditorium MBSA, di Shah Alam, baru-baru ini, Pengarah Urusan UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata, di sebalik tumpuan untuk mendidik pengendali mengenai pengurusan sisa makanan dan pengiraan kos, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan lagi program akademik yang inovatif.

"Sejajar dengan pendekatan global Unilever iaitu Pelan Hidup Lestari dalam meningkatkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia, Go Green ialah satu titik tumpuan utama kami dan akan dilancarkan pada Jun ini di mana kempen digital Tonton & Menang (Watch & Win) di laman Facebook UFS bertujuan untuk menjangkau sekurang-kurangnya 8,000 pengendali makanan serta menggalak dan menekan mengenai manfaat pembungkusan makanan biodegrad untuk impak jangka panjang," kata Nusrat.

Menurutnya, di samping Go Green, satu lagi inisiatif penting oleh UFS Malaysia ialah memperkuatkan tahap keupayaan warga wanita dalam industri perkhidmatan makanan. Pihak-pihak penting lain dalam program inisiatif wanita ini termasuk MBSA bersama Persatuan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM) menggalakkan kemahiran keusahawanan wanita dalam kalangan kumpulan isi rumah B40 dengan menyediakan latihan dan dana untuk potensi memulakan perniagaan mereka sendiri.

"UFS telah memulakan program pertama CA 2019 melalui kerjasama dengan MBSA yang disasarkan untuk melibatkan 700 pengendali makanan bagi bazar Ramadan tahunan ini," kata Nusrat.

Beliau berkata, berdasarkan data daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan sebanyak15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir, dengan pembuangan hampir 1.1 juta tan setahun.

Sejak CA dilancarkan pada tahun 2013, UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang dan Pantai.

Program CA juga dikendalikan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Dengan platfom Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi bazar Ramadan,” tambah Nusrat lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web, www.unileverfoodsolutions.com.my.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!