Izzat Zaidi masih kritikal, bergantung alat pernafasan

Izzat Zaidi dilapor masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Ahad.
Izzat Zaidi dilapor masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pelumba CKJ Racing Team, Izzat Zaidi Md Salehan dilapor masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Ahad.

Isterinya, Elysha Norizal memaklumkan, keadaan suaminya tidak berubah selepas menjalani pembedahan kira-kira jam 4 pagi dan masih lagi bergantung 100 peratus kepada mesin bantuan pernafasan.

"Setakat ini, keadaan Izzat tidak menunjukkan sebarang perubahan, masih kritikal dan bergantung 100 peratus pada alat bantuan pernafasan.

"Doktor beritahu ingin bertemu keluarga petang ini (Isnin), kami sekeluarga harap ada khabar baik mengenai keadaan suami yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesembuhan buat suami saya," katanya pada Isnin.

Menurut Elysha, anak sulungnya turut bimbang dan rindukan Izzat Zaidi.

ARTIKEL BERKAITAN:Pelumba Cub Prix kemalangan, isteri mohon doa rakyat Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN:Pelumba Cub Prix kritikal: Doakan kesembuhan Md Izzat Zaidi

Artikel Berkaitan:

"Anak-anak berada di Selangor.

Anak lelaki sulung selalu tanya keadaan 'daddy' dia dan hantar pesanan suara ‘daddy bangun’.

Anak kedua berusia enam bulan," ujarnya

Sabtu lalu, Izzat Zaidi yang menggunakan jentera Yamaha sewaktu sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan di tepi litar Iskandar Puteri.

Izzat Zaidi terpaksa menjalani pembedahan ekoran terlibat dalam kemalangan itu.

Pelumba berusia 27 tahun itu dilaporkan mengalami patah tulang rusuk kiri dan pendarahan di bahagian paru-paru.