Hafizh Syahrin pertaruh pengalaman bersama JDT Racing Team

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah tekad mengunakan pengalaman bagi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team muncul pasukan yang memacu nama JDT dalam arena sukan permotoran.

Malah Hafizh Syahrin mengakui teruja dengan penghormatan diberikan bagi menggalas cabaran JDT Racing Team yang akan membuat penampilan dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2024.

Katanya, dia bersyukur dan amat teruja selain berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi peluang kepadanya menjadi sebahagian daripada keluarga besar JDT.

"JDT telah terbukti, apabila membuat sesuatu mesti bersungguh-sungguh dan profesional. Jika dilihat kemampuan dari segi fasiliti, kemajuan dan sumber yang disediakan adalah sangat baik.

"Saya harap dapat menunjukkan kebolehan sebenar dalam memastikan JDT Racing Team muncul sebagai pasukan yang boleh menaikkan nama JDT dalam sukan permotoran.

"Jika mana-mana atlet diberi peluang dan berkhidmat untuk JDT, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Saya amat menantikan kerjasama bersama JDT Racing Team dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia 2024," kata pelumba berusia 29 tahun itu pada Selasa.

Artikel Berkaitan: