Pemandu treler maut nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dekat sini pada Khamis.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dekat sini pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Pelabuhan Barat menghala ke Lebuhraya Shah Alam (Kesas), dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut itu menerusi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Klang Selatan pada jam 3.20 petang.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan treler, lori pembersih jalan (sweeper) dan kenderaan pacuan empat roda.

"Kemalangan dipercayai berpunca daripada treler yang datang dari arah Pelabuhan Barat menuju ke Lebuhraya Kesas telah melanggar kenderaan pacuan empat roda yang berada di lorong kanan jalan, sebelum merempuh lori pembersih jalan.

"Akibat rempuhan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun yang juga pemandu treler meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi mendapat rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Hoong Fong berkata, akibat kemalangan tersebut, aliran trafik di kawasan berkenaan sesak dan terpaksa dilencongkan ke arah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Perigi Nenas.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut diminta menyalurkannya kepada polis trafik Klang Selatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik bagi membantu siasatan," ujarnya.