12 lagi ditahan kes gaduh di Kampung Malaysia Tambahan

Polis menahan 12 lagi suspek yang terlibat dalam pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan.
Polis menahan 12 lagi suspek yang terlibat dalam pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 12 orang lagi suspek yang terlibat satu pergaduhan membabitkan urusan menunda kenderaan dalam kemalangan berhampiran Kampung Malaysia Tambahan, Cheras pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini.

"Seramai 12 individu yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan ini telah ditahan pada petang semalam di sekitar Kuala Lumpur.

"Jumlah keseluruhan tangkapan bagi kes ini adalah seramai 22 orang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tegas beliau, pihak polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang negara.

Malah menurutnya, tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat.

Seramai 10 individu yang terlibat dalam pergaduhan itu direman selama dua hari bagi siasatan lanjut pada Selasa.

Pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai pergaduhan itu jam 1.37 pagi.

Artikel Berkaitan: