Geng trak tunda bergaduh: 10 individu direman

Kesemua individu terlibat insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini direman dua hari bermula Selasa bagi siasatan lanjut.
Kesemua individu terlibat insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini direman dua hari bermula Selasa bagi siasatan lanjut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 10 individu dipercayai terlibat insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini direman dua hari bermula Selasa bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, kesemua suspek sebelum ini diberkas dipercayai terlibat dalam pergaduhan.

"Kesemua suspek berumur 22 hingga 44 tahun itu diberkas di sekitar Kuala Lumpur sebelum direman selama dua hari bermula hari ini (Selasa) untuk siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, beberapa individu diberkas disyaki terlibat dengan insiden pergaduhan berkaitan urusan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, di sini.

Artikel Berkaitan: