Pengusaha kedai kopi gesa kerajaan tangani kenaikan kos perniagaan

MSCSPGA menggesa kerajaan memperkenalkan insentif dan penyelesaian jangka panjang untuk menangani kenaikan kos menjalankan perniagaan. - Gambar hiasan
MSCSPGA menggesa kerajaan memperkenalkan insentif dan penyelesaian jangka panjang untuk menangani kenaikan kos menjalankan perniagaan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) menggesa kerajaan memperkenalkan insentif dan penyelesaian jangka panjang untuk menangani kenaikan kos menjalankan perniagaan.

Dalam kenyataan pada Rabu, Presidennya, Wong Teu Hoon berkata, harga makanan diunjurkan meningkat lagi pada suku ketiga 2023 berikutan kebergantungan kepada import untuk bahan dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.

"Selain itu, kenaikan kos operasi perniagaan sudah tentu akan meningkatkan lagi kenaikan harga disebabkan pengenalan kenaikan gaji minimum, kenaikan bil utiliti dan lain-lain.

"Kami menggesa kerajaan untuk memperkenalkan insentif dan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu ini dalam Belanjawan 2024,” katanya.

Justeru, Teu Hoon berkata, persatuan itu, yang mewakili lebih 20,000 pengusaha kedai kopi di Malaysia, meminta kerajaan membentangkan belanjawan properniagaan pada sidang Parlimen yang akan datang.

Beliau menyambut baik berita yang menggalakkan bahawa Belanjawan 2024 akan memberi tumpuan kepada kumpulan M40 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS). - Bernama

Artikel Berkaitan: