PRK Pelangai: Sokongan terhadap calon BN meningkat

Abdul Rahman (tengah) bersama sebahagian penduduk sempena Sukaneka Rakyat dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli dan Jakoa di Kampung Ulu Semii, Bentong pada Rabu.
Abdul Rahman (tengah) bersama sebahagian penduduk sempena Sukaneka Rakyat dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli dan Jakoa di Kampung Ulu Semii, Bentong pada Rabu.
A
A
A

BENTONG - Sokongan terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dilihat semakin meningkat berbanding peringkat awal.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, situasi itu berdasarkan pengalaman beliau turun padang sepanjang kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sehingga kini.

Menurutnya, Amizar yang diketengahkan adalah calon yang terbaik diletakkan untuk bertanding di DUN terbabit.

"Saya lihat respons masyarakat terhadap calon BN selama berada di sini daripada sebelum mula saya datang sini... mungkin mereka belum mengenalinya (Amizar) dan kini sudah jatuh hati untuk membantu kemenangan calon kita.

"Saya sangat berkeyakinan beliau boleh melaksanakan tugas menjalankan tugas membangunkan Pelangai dan hati nurani yakin calon (Amizar) boleh memperolehi kemenangan pada 7 Oktober ini," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Beliau ditemui sempena Sukaneka Rakyat dan Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di Kampung Ulu Semii di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, mengulas persediaan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), beliau memberitahu, sebanyak 2,580 jentera seperti lori, kenderaan berat termasuk jentolak dikerahkan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Semua akan diturunkan untuk bersiap sedia jika ada pembentung tersumbat, cerun runtuh... ini adalah SOP KKR dan kita sentiasa bersiap sedia untuk pastikan kenderaan ringan, berat dapat lalui kecuali keadaan luar jangka," tambah beliau.

Artikel Berkaitan: