Armada dakwa BN gagal selesaikan perkara asas di Pelangai

Dari kiri: Ismail Adnan, Mohd Kamil, Wan Meor dan Mujibu pada program Wacana Sinar Siri 414 bertajuk ‘Apa Khabar Pelangai?’ pada Selasa.
Dari kiri: Ismail Adnan, Mohd Kamil, Wan Meor dan Mujibu pada program Wacana Sinar Siri 414 bertajuk ‘Apa Khabar Pelangai?’ pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada) mendakwa Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan perkara asas seperti rumah generasi kedua walaupun sudah lapan penggal mentadbir Pelangai, Pahang.

Timbalan Pengarah Pilihan Rayanya, Wan Meor Safwat Naqiuddin Shamsudin berkata, masalah tersebut sudah parah begitu lama.

“Saya terfikir, bila cerita pentadbiran dalam satu tempoh yang lama, dia (BN) memang menjuarai hal tersebut.

“Tetapi bila isu rumah generasi kedua ini dibangkitkan, seolah-olah Pelangai mempunyai masalah baru yang hendak diselesaikan oleh BN,” katanya dalam program Wacana Sinar Siri 414 bertajuk ‘Apa Khabar Pelangai?’ pada Selasa.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu penganalisis politik, Mujibu Abd Muis dan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Beliau berkata demikian membidas jaminan yang diberikan Mohd Kamil kononnya BN akan menyelesaikan isu rumah generasi kedua selepas Pilihan Raya Kecil (PRK).

Tambah Wan Meor, masalah besar seperti hutang Felda telah diselesaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat nasional pada tahun 2020.

“RM8.3 bilion diluluskan untuk menyelesaikan 80 peratus daripada masalah itu, yang mana ia adalah perkara asas.

Artikel Berkaitan:

“Kalau nak cerita tentang persepsi dan realiti kita boleh lihat secara menyeluruh. Walaupun ia hanya PRK,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Wan Meor, isu harga beras meningkat menjadi faktor pengundi berubah fikiran ketika PRK yang bakal diadakan pada 7 Oktober nanti.

“Satu keputusan yang mereka boleh ambil, sama ada undian mereka akan memberi impak atau tidak.

“Tetapi mereka kena ingat bahawa setiap undian daripada mereka adalah satu bentuk referendum kepada pemerintah di peringkat negeri atau nasional,” jelasnya.