Sedia imam solat tarawih

Mei Looi (belakang dua dari kiri) dan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari (belakang empat dari kiri) bergambar bersama penerima bantuan Majlis Sinar Kasih di sini, semalam.
Mei Looi (belakang dua dari kiri) dan Orang Besar Jajahan Manjung, Datuk Shaharudin Nazari (belakang empat dari kiri) bergambar bersama penerima bantuan Majlis Sinar Kasih di sini, semalam.
A
A
A

LUMUT - Tidak hanya menyajikan juadah berbuka puasa, Marina Island Pangkor Resort and Hotel turut menyediakan Imam bagi pelanggan menunaikan solat sunat Tarawih berjemaah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Marina Island Resort, Ding Mei Looi berkata, inisiatif berkenaan diambil bagi memberi keselesaan buat pelanggan yang menikmati bufet Ramadan di Terumbu Cafe mereka sambil beribadah.

"Ini merupakan tahun kedua kami menyediakan imam daripada pelajar tahfiz dari Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Pulau Pangkor buat pelanggan kami menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

"Untuk pengetahuan, kami merupakan satu-satunya hotel di Perak yang menyediakan imam untuk pelanggan menunaikan solat berjemaah termasuk solat Terawih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sinar Kasih anjuran Marina Island Pangkor Resort and Hotel, di sini, semalam.

Menurut Ding Mei Looi, untuk Ramadan kali ini, pengurusan hotel berkenaan mengambil tiga pelajar tahfiz yang bukan sahaja mengimamkan solat fardu dan sunar Terawih malah juga membaca ayat suci Al-Quran sebelum waktu berbuka.

"Kami menyediakan tempat tinggal buat pelajar tahfiz ini termasuk makan dan minum mereka sepanjang Ramadan," katanya.

Sementara itu, seramai 40 ibu tunggal, anak yatim dan atlet paralimpik sekitar Daerah Manjung menerima sumbangan wang tunai serta barang keperluan makanan dalam majlis tersebut.

Bagi seorang ibu tunggal yang juga mualaf, Hana Kristina Sutiu, 47, berkata dia berasa seronok dan teruja apabila dijemput pada program berkenaan bersama-sama anak bongsunya yang menghidap autisme.

Artikel Berkaitan:

Hana turut menceritakan pengalamannya selepas memeluk Islam tiga tahun lalu dan sentiasa berlapang dada dengan dugaan yang dihadapinya kerana baginya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya terutama pada bulan Ramadan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.