Yonnyboii manfaat dana kerajaan lahir Persona

Masa menjadi cabaran terbesar Yonnyboii menyempurnakan Persona.
Masa menjadi cabaran terbesar Yonnyboii menyempurnakan Persona.
A
A
A

PENYANYI berbakat besar, Yonnyboii memanfaatkan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM200,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Digital yang dimenanginya pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), tahun lalu.

Pada AIM23 itu, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin layak menerima geran tersebut selepas memenangi kategori utama iaitu Album Terbaik menerusi album Yonny (Deluxe Version).

Berkat bantuan geran tersebut, Yonnyboii berjaya berkarya dengan lebih meluas dan melahirkan album yang lebih berkualiti menerusi Persona.

"Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi," ujarnya.

Biarpun terpaksa berdepan dengan cabaran masa, namun pemuda berusia 25 tahun itu bersyukur kerana album tersebut dapat disempurnakan lebih baik dengan bantuan dana yang ada.

"Ketika proses menyempurnakan album ini, isteri saya sedang hamil dan kemudian anak pertama kami lahir.

Album Persona menceritakan perjalanan Yonnyboii dalam mencari jati diri yang sebenar, khasnya melalui muzik dan diterjemahkan dalam lagu-lagu yang dimuatkan.
Album Persona menceritakan perjalanan Yonnyboii dalam mencari jati diri yang sebenar, khasnya melalui muzik dan diterjemahkan dalam lagu-lagu yang dimuatkan.

"Jadi saya perlu bahagikan masa sebaiknya kerana perlu memberi perhatian kepada dua perkara yang berlainan. Bagaimanapun dengan bantuan semua pihak, saya dapat sempurnakan album ini seperti apa yang diimpikan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Yonnyboii, album Persona menceritakan perjalanannya dalam mencari jati diri yang sebenar, khasnya melalui muzik dan diterjemahkan dalam lagu-lagu yang dimuatkan.

"Album ini menceritakan bagaimana saya mencari bunyi yang juga identiti sendiri. Saya melalui beberapa persona untuk mencari identiti itu.

"Jadi album ini menggambarkan personanya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut personanya yang bervariasi," katanya.

Album Persona turut menampilkan ramai nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King serta Adam E.

“Kesemua mereka memberikan masukan yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama rakan-rakan seperjuangannya.

Persona telah berada di semua platform digital bermula 22 September dan bakal dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober depan.