SK Seksyen 20 buru kejuaraan berganda

Nik Juhaidi (kiri) bersama guru besar, Lutfee Ismail Amir; Yang Dipertua PIBG, Haidzir Sham Masngat, barisan kejurulatihan dan pemain skuad Piala Raja Muda Selangor SK Seksyen 20.
Nik Juhaidi (kiri) bersama guru besar, Lutfee Ismail Amir; Yang Dipertua PIBG, Haidzir Sham Masngat, barisan kejurulatihan dan pemain skuad Piala Raja Muda Selangor SK Seksyen 20.
A
A
A

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Seksyen 20 tekad merangkul kejuaraan Piala Raja Muda Selangor apabila berdepan SK Taman Alam Megah dalam perlawanan akhir di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shah Alam, pada Selasa.

Malah Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari berkata, kejayaan merangkul kejuaraan Peringkat Zon Daerah Petaling Perdana baru-baru ini menjadi azimat kepada pasukan yang berpangkalan di Shah Alam tersebut.

“Ya, para pemain SK Seksyen 20 berada pada tahap motivasi terbaik untuk merangkul kejuaraan Piala Raja Muda Selangor sekali gus melengkapkan kejuaraan berganda.

No Image Caption

“Bagaimanapun saya percaya SK Taman Alam Megah yang dibarisi pemain berkualiti dan jurulatih berpengalaman pastinya menghadirkan tentangan sengit dalam perlawanan akhir ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Terdahulu SK Seksyen 20 mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas membelasah SK Puchong, 6-0 dalam aksi separuh akhir baru-baru ini.

Nik Juhaidi (kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan bola sepak SK Seksyen 20 bagi cabaran Piala Raja Muda Selangor 2023.
Nik Juhaidi (kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan bola sepak SK Seksyen 20 bagi cabaran Piala Raja Muda Selangor 2023.

Sementara itu, SK Taman Alam Megah mara ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan juara bertahan SK Seri Selangor, 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Piala Raja Muda Selangor merupakan kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).