7 maut, 10 cedera bumbung gereja roboh

Anggota penyelamat mencari mangsa di tengah-tengah serpihan bangunan selepas bumbung sebuah gereja runtuh semasa upacara pembaptisan di Ciudad Madero, Mexico. - Foto AP
Anggota penyelamat mencari mangsa di tengah-tengah serpihan bangunan selepas bumbung sebuah gereja runtuh semasa upacara pembaptisan di Ciudad Madero, Mexico. - Foto AP
A
A
A

BANDARAYA MEXICO - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, manakala 10 lagi cedera selepas bumbung sebuah gereja runtuh, di bandar raya Ciudad Madero, di Tamaulipas, Mexico, lapor Sputnik.

"Akibat kemalangan itu, tujuh orang disahkan maut. Selain itu, 10 yang cedera telah diselamatkan dan dipindahkan (ke hospital)," kata jabatan serantau Kementerian Keselamatan Awam pada Ahad.

Menurut media Mexico, bumbung gereja itu roboh semasa upacara pembaptisan sedang diadakan dan jumlah sebenar orang yang berada di dalam bangunan itu tidak dapat dipastikan.

Kementerian itu berkata, punca kejadian dipercayai akibat "kegagalan pada struktur bangunan." - Bernama

Artikel Berkaitan: