Seorang maut, 12 cedera nahas kereta, van di Gerik

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik. - Foto Bomba Perak
Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik. - Foto Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang warga emas maut manakala 12 mangsa lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Baling dekat sini awal pagi Isnin.

Maklumat nahas membabitkan kereta jenis Perodua Kenari dan van Toyota Hiace itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Gerik pada jam 2.32 pagi.

Mangsa maut dikenali Hasan Hamid, 60, merupakan pemandu kereta.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang tersepit dalam kenderaan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Keadaan nahas melibatkan kereta dan van di Jalan Gerik-Baling pada Isnin yang mengorbankan dua nyawa pada Isnin. - Foto Bomba Perak
Keadaan nahas melibatkan kereta dan van di Jalan Gerik-Baling pada Isnin yang mengorbankan dua nyawa pada Isnin. - Foto Bomba Perak

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kenderaan sama bersama mangsa turut mengalami cedera parah dan 11 lagi pemandu serta penumpang van dilaporkan cedera.

"Maklumat awal mendapati seramai 13 mangsa terlibat dalam kemalangan ini.

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan keselamatan dengan mereka yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakala yang maut diserahkan kepada polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi tamat pada jam 5.51 pagi.