Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan pada 12 Oktober ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Oktober ini. - Gambar hiasan
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Oktober ini. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan dikeluarkan 12 Oktober ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan pada Isnin berkata, seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2023 secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my.

Semakan juga boleh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

KPM berkata sistem tersebut akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober sehingga 6 petang pada 18 Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: