Warga emas maut kemalangan dengan lori

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa kemalangan dari bawah lori. - Foto BBP Renggam
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa kemalangan dari bawah lori. - Foto BBP Renggam
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Batu 47, Jalan Simpang Renggam di sini, pada Rabu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II, Norhisam Ihwan, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada 2.57 petang, Rabu.

Katanya, sejurus menerima panggilan berkenaan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota bomba dari BBP Renggam telah dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis SYM dan sebuah lori jenis Nissan UD membawa muatan baja tanaman.

“Pemandu lori tidak mengalami kecederaan, namun penunggang motosikal disahkan maut oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Norhisam, mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.37 petang.

Artikel Berkaitan: