Mentaliti juara pacu SK Seksyen 20 ke final Piala Raja Muda Selangor


Skuad SK Seksyen 20 bagi saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.
Skuad SK Seksyen 20 bagi saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.
A
A
A

KEJAYAAN Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor 2023 disifatkan hasil daripada disiplin tinggi dalam kalangan pemain pasukan.

Selain itu menurut Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari, sokongan padu dalam kalangan ibu bapa pemain dan guru juga memainkan peranan penting dalam memastikan sekolah tersebut mara ke perlawanan akhir edisi ke-34 kali ini.

“Sebenarnya perkara pertama yang memacu SK Seksyen 20 ke pentas final Piala Raja Muda Selangor kali ini adalah semangat juang tinggi dalam kalangan pemain-pemain sendiri.

“Selain itu segala arahan dan perancangan taktikal dalam kalangan barisan jurulatih diterjemahkan dengan sebaiknya pemain semasa perlawanan sebenar.

“Sokongan padu ibu bapa, persatuan ibu bapa dan guru serta pentadbir sekolah juga menjadi tulang belakang kejayaan pasukan ini,” katanya kepada Sukan Sinar ketika berkongsi kejayaan SK Seksyen 20 mara ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor kali ini.

Barisan kejurulatihan dan pengurusan skuad SK Seksyen 20 bagi saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.
Barisan kejurulatihan dan pengurusan skuad SK Seksyen 20 bagi saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.

Sebagai rekod, SK Seksyen 20 mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan SK Puchong, 6-0 dalam aksi separuh akhir di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya baru-baru ini.

SK Seksyen 20 akan berentap dengan SK Taman Alam Megah yang menyingkirkan juara bertahan SK Seri Selangor, 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Piala Raja Muda Selangor merupakan kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad).

Mengulas kejayaan mara ke perlawanan akhir itu, Nik Juhaidi menyifatkan kemenangan besar enam gol ke atas SK Puchong merupakan sesuatu yang di luar jangkaan pasukan tersebut.

“Alhamdulillah, kita raih kemenangan yang tak sangka kerana sebelum ini kita pernah berdepan SK Puchong pada semi final zon tapi menang 1-0.


Nik Juhaidi (kiri) bersama guru besar SK Seksyen 20, Lutfee Ismail Amir; Yang Dipertua PIBG, Haidzir Sham Masngat, barisan kejurulatihan dan pemain skuad saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.
Nik Juhaidi (kiri) bersama guru besar SK Seksyen 20, Lutfee Ismail Amir; Yang Dipertua PIBG, Haidzir Sham Masngat, barisan kejurulatihan dan pemain skuad saingan Piala Raja Muda Selangor 2023.

“SK Puchong sebenarnya antara pasukan yang memberi saingan hebat dalam kejuaraan kali ini,” katanya.

Mengenai persiapan perlawanan akhir menentang SK Taman Alam Megah, Nik Juhaidi berkata, barisan kejurulatihan memberi tumpuan dalam memperbaiki beberapa kelemahan pasukan SK Seksyen 20.

“Latihan berjalan seperti biasa cuma tumpuan lebih diberikan dalam memperkemaskan lagi taktikal pasukan.

“Selain itu, kita juga akan kuarantinkan pemain-pemain dengan tidur di sekolah pada Isnin sebelum bergerak dari sekolah ke venue perlawanan akhir pada hari perlawanan,” katanya