Amanah tak pernah bersaing dengan Pas

Mujahid ketika ditemui media selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018, hari ini .
Mujahid ketika ditemui media selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018, hari ini .
A
A
A
IPOH - Amanah tidak pernah bersaing dengan Pas dalam mencari parti mana yang lebih berpengaruh melibatkan umat Islam di negara ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, sebaliknya Amanah lebih mementingkan perlumbaan melibatkan persaingan sihat yang boleh memenuhi kehendak naratif Malaysia baharu.

"Masih ada isu nyatakan seolah-olah Amanah nak bersaing dengan Pas untuk cari siapa lebih berpengaruh. Saya nak jelaskan kita tidak bersaing dengan Pas mahupun parti lain atas siapa yang lebih Melayu dan lebih Islam.

"Ini kerana persaingan ini tidak sihat, kalau siapa nak buktikan dia lebih Melayu dan Islam itu menjadikan parti tersebut kemungkinan bersikap radikal kepada isu Melayu dan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2018, di Casuarina@Meru di sini, hari ini.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, Amanah hanya menganggap parti lain sebagai pesaing yang sihat sekiranya mereka bersaing dalam membina naratif Malaysia baharu .

"Tapi kalau bersaing untuk tentukan siapa lebih Islam dan Melayu, saya anggap itu bukan medan kami dan tak berhasrat untuk berlumba atas itu.

"Malaysia ada pelbagai kaum, keadilan untuk semua tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi contoh baik kepada seluruh dunia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang ada hidup dalam keadaan harmoni," katanya.