Selesai segera isu banjir kilat

Devandran (kiri) menerangkan masalah yang dihadapi penduduk kepada Ir Izham dan wakil agensi berkaitan.
Devandran (kiri) menerangkan masalah yang dihadapi penduduk kepada Ir Izham dan wakil agensi berkaitan.
A
A
A

BUKIT RAJA - Insiden paip pecah yang berlaku Sabtu lalu terus memberi kesan buruk terhadap lebih 80 rumah dan unit kedai di Taman Mutiara, di sini.

Dakwa penduduk, insiden itu menyebabkan tembok runtuh selain limpahan air deras merosakkan harta benda sehingga terpaksa menanggung kerugian lebih RM20,000.

Penduduk, M Devandran, 40, berkata, taman perumahan yang terletak di kawasan rendah terbabit sudah berdepan banjir kilat sejak lebih 14 tahun.

"Keadaan menjadi lebih teruk bila paip pecah sehinggakan arus deras merobohkan tembok yang dibina pemaju.

"Air naik kerana pam yang ada rosak... air tak boleh keluar ikut saluran. Penduduk terpaksa tanggung kerugian.

"Musibah ini adalah yang paling buruk berlaku dan penduduk pun tak tahu nak tuntut pampasan sebab masing-masing tuding jari," katanya pada sidang media penduduk di Taman Mutiara semalam.

Devandran berkata, isu sama pernah dibangkitkan kepada pihak berwajib bagaimanapun tiada penyelesaian konkrit.

"Diharapkan Exco yang datang hari ni dapat bantu selesaikan isu kami sebab masalah ini sudah berlarutan cukup lama.

Artikel Berkaitan:

"Banjir kilat sering berlaku disebabkan limpahan air dari lebuhraya berhampiran dan saluran perparitan pun tak sempurna," katanya.

Seorang lagi penduduk, Teh Lee Meng, 52, menyihatkan insiden paip pecah itu musibah terburuk kerana menjejaskan harta benda dan kesihatan diri.

"Habis rosak perabot dan barangan elektrik dalam rumah dan kejadian ini meninggal trauma buat kami sekeluarga.

"Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kerjasama orang ramai sebab menimbulkan masalah kepada penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim menjelaskan, pihaknya akan meneliti masalah ini kerana membabitkan banyak pihak.

"Difahamkan, kawasan taman perumahan ini rendah dan bergantung kepada pam untuk mengalirkan air keluar.

"Kejadian lebih buruk bila berlaku paip pecah yang sememangnya kejadian luar biasa malah kita tubuh jawatankuasa khas untuk siasat punca dan kajian menyeluruh.

"Susah nak tuding jari siapa yang salah dalam hal ini sebab yang penting, kena pastikan kerosakan dapat dibaiki segera," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu banjir kilat, Ir Izham berkata, pihaknya perlu mengenal pasti tanah di kawasan terlibat untuk point sambungan untuk pam sedia ada.

"Kena pastikan tanah kosong itu milik pemaju atau kerajaan dan minta Air Selangor menilai kerosakan dan diberi pertimbangan sewajarnya.

" Isu penduduk ini diharapkan dapat diselesaikan dengan meneliti sistem perparitan.. Kena bincang dengan pemaju dan ADUN terlibat," katanya.

#bukitraja #klang Insiden paip pecah yang berlaku, baru-baru ini memberi kesan buruk kepada lebih 80 rumah dan unit kedai di Taman Mutiara Bukit Raja berikutan kawasan rendah terbabit sering dilanda banjir kilat sejak lebih 14 tahun. Laporan MOJO Sinar Harian Kuala Selangor, Arziana Mohmad Azaman

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, May 14, 2019