Tentera maut, kereta bertembung lori

Keadaan kereta mangsa remuk di Kampung Nibong, Bukit Bunga di Jeli yang tular di media sosial petang tadi.
Keadaan kereta mangsa remuk di Kampung Nibong, Bukit Bunga di Jeli yang tular di media sosial petang tadi.
A
A
A

JELI- Seorang tentera maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kampung Nibong, Bukit Bunga di sini hari ini.

Ketika kejadian, mangsa Mohd Salmazi Ismail, 35, dipercayai dalam perjalanan dari Tok Uban, Pasir Mas ke Kedah.

Abangnya, Shafie Ismail, 50, berkata, mangsa yang bertugas di Kem Sungai Petani pulang ke rumah mereka beberapa hari lalu untuk menjaga ibu yang sakit.

"Allahyarham bertolak dari rumah kami kira-kira jam 2 petang.

"Kira-kira jam 5 petang, baharu kami tahu mereka terlibat dalam kemalangan ini," katanya kepada Sinar Harian tadi.

Artikel Berkaitan: