Disiplin tinggi pacu SK Taman Alam Megah ke final Piala Raja Muda Selangor

Pemain SK Taman Alam Megah mengekang kebangkitan jentera serangan SK Seri Selangor selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Rabu.
Pemain SK Taman Alam Megah mengekang kebangkitan jentera serangan SK Seri Selangor selepas mendahului 1-0 dalam perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda Selangor di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Rabu.
A
A
A

PENGENDALI Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Alam Megah, Mohamad Zool Hilmy Mohd Yusof menyifatkan permainan berdisiplin dipamerkan pemainnya merupakan faktor penyumbang kemaraan pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor 2023.

“Alhamdulillah, pemain-pemain SK Taman Alam Megah mempamerkan disiplin tinggi dalam melaksanakan perancangan taktikal menyerap asakan jentera SK Seri Selangor yang lebih berpengalaman.

“Kami tahu sebelum perlawanan bahawa ability pemain-pemain SK Seri Selangor jauh lebih baik, dan sekali lagi alhamdulillah semangat berpasukan dan kemahuan tinggi pemain-pemain SK Taman Alam Megah bermain di final menjadi kunci terbaik buat pasukan kali ini.

“Layak ke perlawanan akhir ini juga merupakan hadiah buat pemain pemain SK Taman Alam Megah yang ada enthusiasm dalam kejohanan kali ini. Selain itu, kemaraan ke final ini juga hadiah buat warga SK Taman Alam Megah termasuk ibu bapa murid yang banyak membantu dalam membantu persiapan pasukan dalam mengharungi kejohanan ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Keputusan Separuh Akhir Piala Raja Muda Selangor.
Keputusan Separuh Akhir Piala Raja Muda Selangor.

Jaringan tunggal minit keempat Muhammad Farish Ikmal Nazri membolehkan SK Taman Alam Megah mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan juara bertahan SK Seri Selangor, 1-0 dalam aksi separuh akhir Piala Raja Muda Selangor 2023 di padang SK Putra Heights 2, Subang Jaya pada Rabu.

Menanti SK Taman Alam Megah di pentas perlawanan akhir ialah SK Seksyen 20, yang mengesahkan kemaraan dengan bergaya selepas membelasah SK Puchong 6-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di venue sama.

Perlawanan akhir Piala Raja Muda Selangor kejuaraan bola sepak Bawah 12 tahun melibatkan penyertaan sekolah-sekolah rendah seluruh Selangor yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) dijadualkan berlangsung di Padang Latihan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Shah Alam pada 3 Oktober depan.

Artikel Berkaitan: