Raja Muda Selangor berkenan lancar kad MyRadha'ah

Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melancarkan kad MyRadha'ah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam pada Khamis.
Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) berkenan melancarkan kad MyRadha'ah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan kad MyRadha'ah iaitu sistem pendaftaran ibu dan anak susuan secara dalam talian.

Ia merupakan perkhidmatan pertama diperkenalkan di negara ini oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan menjadi rujukan pelbagai agensi mengenai perkhidmatan pendaftaran dan pengenalan anak serta ibu susuan.

Pelancaran itu diadakan pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat sini pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shazihan Ahmad.

Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor serta pegawai-pegawsi kerajaan negeri Selangor.

Sebelum itu, Raja Muda Selangor turut berkenan mengikuti segmen sirah Rasulullah bertajuk Rasulullah: Ikon Kepimpinan Integriti dan Kepimpinan Negara Bertamadun yang disampaikan penceramah, Pahrol Juoi.

Sementara itu, Haris dalam ucapannya berkata, Selangor melalui JAIS menjadi negeri pertama di Malaysia melancarkan perkhidmatan pendaftaran ibu dan anak susuan secara manual melalui sistem kad MyRadha'ah.

Menurutnya, JAIS menerima respons yang baik sehingga menjadi rujukan Jabatan Agama Islam Negeri yang lain seperti Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu yang mengadakan lawatan penanda aras ke JAIS.

Artikel Berkaitan:

"Dengan perkembangan era globalisasi serta teknologi yang semakin maju, JAIS dengan inovasi dan inisiatif telah membangunkan satu sistem yang dinamakan sistem MyRadha'ah yang ditambah baik demi membantu masyarakat secara efisien, mesra dan bersistematik dari masa ke masa mengikut era teknologi terkini," katanya.