Trend ringgit menyusut berulang, perlu dipantau rapi - Noor Azlan

SHAH ALAM - Penyusutan nilai ringgit kepada RM4.71 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini memerlukan pemantauan yang rapi oleh kerajaan.
Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, trend kemerosotan ringgit yang pernah berlaku sebelum ini kini berulang.
“Trend menyusut Ringgit Malaysia (RM) berulang. Perlu dipantau rapi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, ringgit menyusut nilai berbanding dolar AS apabila sentimen menggalakkan terus menyokong mata wang AS.