Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS

Ringgit terus menyusut untuk ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis. - Foto123RF
Ringgit terus menyusut untuk ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Khamis. - Foto123RF
A
A
A

RINGGIT terus menyusut untuk ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan pemangkin di tengah-tengah dolar AS yang lebih kukuh, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Rang Undang-Undang had hutang AS terus menjadi tumpuan kerana ia kini akan dibawa ke Senat untuk pengundian akhir sebelum Presiden AS Joe Biden menandatanganinya.

Beliau berkata, pelabur kini juga mempunyai pandangan yang bercampur-campur mengenai potensi kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada Jun.

Pelabur mempunyai pandangan yang agak bercampur-campur, dan ketidaktentuan ekonomi mungkin menyebabkan peserta pasaran bersikap defensif. Sehubungan itu, dolar AS berbanding ringgit terus lemah sekitar RM4.6178, katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan hari ini, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7407/7475 daripada 5.6986/7048 ketika ditutup semalam, turun berbanding euro pada 4.9356/9415 daripada 4.9208/9261 dan merosot sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.2995/3236 daripada 3.2995/2.98 semalam.

Pada masa yang sama, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/308.0 daripada 307.4/307.9 ketika ditutup pada Rabu dan hampir tidak berubah pada 3.4095/4138 berbanding dolar Singapura 3.4036/4075 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2569/2792 daripada 13.2440/2641 tetapi meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. - Bernama