Banjir: Mangsa di Kedah meningkat 1,813 orang, Perlis 48

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 1,813 orang daripada 530 keluarga malam ini, berbanding 1,220 orang daripada 372 keluarga pagi Khamis.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, kesemua mereka daripada daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Baling, dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata, di Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena, masing-masing terdapat tiga PPS yang dibuka, manakala di Baling, empat PPS.
"PPS di Kubang Pasu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu, manakala PPS di Kota Setar pula (SK Taman Aman, SMK Kepala Batas dan SK Seri Gunung).