Speedy Tigers jadikan Indonesia mangsa belasahan seterusnya

Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini pada Khamis. - Foto MHC
Skuad hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini pada Khamis. - Foto MHC
A
A
A

SKUAD hoki lelaki kebangsaan menepati ramalan selepas mudah mengatasi Indonesia 9-2 pada aksi ketiga Kumpulan B temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park, di sini pada Khamis.

Indonesia dibimbing bekas jurulatih skuad wanita kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah memberikan tentangan sengit di suku pertama apabila mengikat kedudukan 1-1 selepas gol Ahdan Asasi Ramadhan Uno pada minit ke-15 menafikan gol pembukaan Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-10.

Pasukan negara mula menguasai permainan di suku kedua selepas kembali di depan menerusi gol Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-17 sebelum jaringan pukulan sudut penalti Muhammad Najmi Farizal Jazlan dua minit berselang memastikan Malaysia mendahului selesa 3-1.

Di suku ketiga skuad bimbingan Arul Selvaraj mula menunjukkan taring selepas meledak lima gol masing-masing menerusi tiga pukulan sudut penalti Faizal Saari pada minit ke-33, Muhammad Najmi (minit ke-35) dan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-43.