Sukan Asia: Shah Firdaus menang gangsa pecut lelaki

ATLET berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menang gangsa dalam acara pecut lelaki Sukan Asia di Veledrom Pusat Sukan Chun'an Jieshou, dekat sini pada Khamis.
Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya memenangi pingat pertama individu Sukan Asianya, selepas menewaskan pelumba tuan rumah Chenxi Xeu 2-0, pada perlumbaan penentuan pingat gangsa.
Muhammad Shah Firdaus mencatatkan masa 10.0076 saat (s) pada perlumbaan pertama, 0.09s lebih laju dari pelumba China itu, sebelum mengesahkan kemenangannya dengan mengalahkan Chenxi dengan perbezaan 0.047 saat, selepas mencatatkan masa 10.367s pada perlumbaan kedua.
Beliau yang memenangi pingat perak dalam pecut berpasukan pada edisi lepas, gagal layak ke peringkat akhir selepas tewas kepada seorang lagi pelumba China Zhou Yu, pada perlumbaan separuh akhir.