Permohonan Kedah tak pernah tersenarai - Sanusi

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa senarai ‘wish list’ Kedah yang diserahkan kepada kerajaan Persekutuan tidak pernah disenaraikan dalam belanjawan sebelum ini.
Beliau berkata, senarai hajat yang merupakan permohonan negeri menerusi sesi libat urus antara kerajaan negeri dengan Kementerian Kewangan (MOF) hanya sekadar formaliti.
Menurut Sanusi, sesi libat urus sempena pembentangan Belanjawan 2024 masih belum diadakan sehingga kini biarpun pembentangan akan diadakan pada 13 Oktober depan.
“Kebiasaan kerajaan Persekutuan melalui MOF akan adakan sesi libat urus dengan negeri-negeri. Setakat ini pertemuan antara wakil MOF dan negeri belum lagi diadakan.