Ribut Agnes landa UK cetus banjir, bekalan elektrik terputus

Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK. - Foto AP
Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK. - Foto AP
A
A
A

LONDON - Ribut Agnes yang melanda United Kingdom (UK) telah mencetuskan banjir dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selepas ribut itu membadai Ireland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ribut pertama musim ini dengan kelajuan angin mencecah 127 kilometer sejam membadai Capel Curig, sebuah kampung di Wales, pada Rabu.

Angin kencang turut membadai Aberdaron di Wales, Glenanne di Ireland Utara dan Camborne di Cornwall.

Agnes turut mencetuskan siri amaran cuaca tahap kuning, dengan angin kencang, hujan laut bergelora dijangkakan di seluruh UK.