Jual 45 jenis air di bazar Ramadan

Nazarul Azma (tengah) menyediakan air untuk pelanggannya di Bazar Ramadan Dataran Peladang, Kuala Krai.
Nazarul Azma (tengah) menyediakan air untuk pelanggannya di Bazar Ramadan Dataran Peladang, Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Gerai menjual 45 jenis air di Bazar Ramadan Guchil menjadi perhatian pengunjung sejak awal Ramadan.

Air pelbagai perisa dengan aneka warna menjadi tarikan orang ramai untuk mencuba air dijual Nazarul Azma Jusoh,41.

Katanya, dia mula berniaga di bazar tersebut lebih 15 tahun lalu tetapi menambah bilangan air dijual tiga tahun lepas.

"Syukur Alhamdulillah sambutan diterima dari pelanggan amat menggalakkan hingga kesemua air habis dijual.

"Air kelapa, teh ais, cendol dan air buah naga pula terpaksa ditambah, kebiasaannya selepas waktu asar memandangkan permintaannya lebih tinggi dari air lain," katanya.

Katanya lagi, permintaan menggalakkan dari pelanggan menyebabkan dia terpaksa mengupah 10 pekerja sepanjang bulan Ramadan.

"Pekerja hanya bantu saya menjual dan mengangkat barang jualan, penyediaan bahan saya lakukan sendiri," katanya yang turut mempromosi air jualannya di media sosial Facebook.

Artikel Berkaitan: