'Dasar ekonomi ambil kira tabiat semasa, bukan anggapan sahaja'

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Orang Melayu memerlukan dasar ekonomi yang mengambil kira tabiat semasa, bukan anggapan atas kertas.

Ketua Angkatan Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, dasar awam yang menggunakan satu model khayalan yang ‘pukul rata semua orang’ dilihat sudah tidak relevan.

“Menteri Ekonomi kata, sistem maklumat Pangkalan Data Utama (Padu) yang dikatakan berdasarkan pendapatan boleh guna rakyat akan digunakan dalam dasar ekonomi akan datang, termasuk sistem subsidi bersasar.

“Kita tahu sistem tinjauan pendapatan di Malaysia adalah cacat kerana sebahagian besar rakyat tidak melaporkan cukai pendapatan.