'Pelangai Gateway' visi Amizar untuk tingkat sosioekonomi masyarakat

Amizar ketika menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Ulu Semei, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. - Foto Bernama
Amizar ketika menyantuni komuniti Orang Asli di Kampung Ulu Semei, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Menjadikan Pelangai sebagai pintu gerbang (gateway) ke Pahang merupakan antara impian calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam, untuk meningkatkan taraf sosioeknonomi masyarakat setempat.

Beliau berkata, ini kerana Pelangai mempunyai potensi yang luas, untuk dipromosikan sebagai sebuah pusat agropelancongan dan tempat hentian bagi mereka yang melalui kawasan itu, untuk ke pantai timur atau selatan tanah air.

"Sepanjang perjalanan dari Karak masuk ke Pelangai memang ada pelbagai produk...kita di sini ada durian Telemong. Orang kata durian dari Raub yang sedap, tetapi kalau cuba makan percayalah durian Telemong lagi power.

"Kita juga ada banyak inap desa dan ladang-ladang cantik yang ada pemandangan cantik, boleh healing...waktu pagi kawasan ini sangat sejuk, memang nyaman,” katanya kepada Bernama.