PH, BN Negeri Sembilan bentuk jentera pilihan raya bersama

Kee Chin (baris depan; tengah) dan Hasim (baris depan; tiga dari kanan) bersama ahli Jawatankuasa Kerja Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
Kee Chin (baris depan; tengah) dan Hasim (baris depan; tiga dari kanan) bersama ahli Jawatankuasa Kerja Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan membentuk jentera pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) secara bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu maklumkan menerusi kenyataan media secara bersama oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi pada Khamis.

Katanya, ia berdasarkan persetujuan yang dibuat ketika mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun lalu.

"Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN dan kedua-duanya juga akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama.

"Selain itu, kedua-dua gabungan memberikan komitmen secara menyeluruh jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di kesemua 36 kerusi," katanya.

Tambahnya, kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan.