'Tak takut pilihan raya, kalau boleh nak lawan esok'

KUALA TERENGGANU - Keputusan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kemaman akan dibuat selepas perbincangan bersama pimpinan Pas.
Peguam yang mewakili calon Pas bagi Parlimen Kemaman, Wan Rohimi Wan Daud berkata, perbincangan itu bagi mengetahui tindakan yang bakal diambil selepas ini sama ada perlu mengemukakan rayuan atau sebaliknya.
Wan Rohimi berkata, pihaknya setakat ini belum menetapkan sebarang tarikh untuk memfailkan rayuan tersebut.
"Beri saya masa seminggu sebab tiada tarikh ditetapkan sebab nak berbincang dahulu dengan pimpinan Pas Terengganu dan Pas pusat apa kaedah terbaik perlu dilakukan.