Djokovic tarik diri Kejohanan National Bank Open

Djokovic - Foto EPA
Djokovic - Foto EPA
A
A
A

NOVAK Djokovic telah menarik diri daripada kejohanan National Bank Open di Toronto bulan depan kerana keletihan, umum Tenis Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemain Serbia berusia 36 tahun itu terlepas peluang menambah rekod gelaran perseorangan Grand Slam ke-24 minggu lalu selepas dikalahkan Carlos Alcaraz dalam perlawanan akhir perseorangan Wimbledon lelaki.

Djokovic berkata: “...selepas berbincang dengan pasukan saya, kami percaya ia adalah keputusan yang tepat.”

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah kejohanan, Karl Hale kerana memahami keputusan ini. Saya sangat berharap saya dapat kembali semula ke Kanada dan Toronto pada tahun-tahun akan datang untuk bermain di hadapan peminat di sana," katanya.

Berikutan penarikan diri Djokovic daripada kejohanan yang bermula pada 5 Ogos, Christopher Eubanks dari Amerika Syarikat (AS) kini akan mendapat kemasukan automatik ke dalam undian utama. - Bernama