'Saya pernah susah, tak mampu bayar sewa rumah' - The Rock

MENJADI popular mungkin impian banyak orang dan salah satu cara menggapai impian tersebut adalah dengan bergelar selebriti.
Itulah yang dilakukan oleh bintang Hollywood, Dwyne Johnson apabila berjaya mencapai populariti selepas bertahun lamanya bergelumang dalam bidang seni.
Malah Johnson mengaku menjadi popular tidak mempunyai sebarang kelemahan dan itulah yang idamkan selama ini.
“Pada saya tidak ada kelemahan apabila menjadi popular,” katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, lapor People.
Bintang berusia 51 tahun tersebut berkata demikian selepas ditanya seorang seorang peminat mengenai kelebihan dan kelemahan menjadi popular.