'Saya pilih penjara, tak mahu bayar denda' - Abdul Hadi

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau lebih rela dipenjara daripada membayar denda jika didapati bersalah kerana ucapan-ucapannya sebelum ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, daripada membayar denda, beliau berpendapat lebih baik wang itu disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

“Saya sedia menunggu untuk dipenjarakan oleh mahkamah dan saya sedia dihukum. Tidak tahu dihukum sama ada penjara atau denda.

“Saya pilih penjara, saya tak mahu bayar denda. Daripada bayar denda, baik beri kepada Pasti.