Perkenal skim biaya, sewa rumah, tangani kos sara hidup tinggi - Pakar

Kerajaan disaran memperkenalkan skim pembiayaan atau gadai janji fleksibel bagi pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2024 yang dapat menangani kos sara hidup tinggi. - Gambar hiasan
Kerajaan disaran memperkenalkan skim pembiayaan atau gadai janji fleksibel bagi pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2024 yang dapat menangani kos sara hidup tinggi. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran memperkenalkan skim pembiayaan atau gadai janji fleksibel bagi pembeli rumah pertama dalam Belanjawan 2024 yang dapat menangani kos sara hidup tinggi, kata firma penasihat kewangan FA Advisory Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Zeng berkata, skim terbabit juga dapat membantu dari segi menawarkan kadar faedah rendah bagi tempoh masa tertentu.

"Mungkin untuk lima tahun pertama misalnya, kadar faaedah itu boleh dikurangkan kepada minimum satu peratus atau sebagainya. Ini dapat membantu dari segi memberi pulangan tunai untuk mereka yang membayar kemudahan gadai janji tersebut.

"Langkah ini juga dapat menjadi antara kaedah bantuan yang boleh disalurkan kepada rakyat,” katanya pada sesi taklimat media mengenai harapan Belanjawan 2024 oleh Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia di sini, pada Rabu.