Tiada larangan warga asing guna nama pasangan berniaga di Johor

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Mad Shukor berkata, mereka dibenarkan menjalankan perniagaan selagi nama warga asing berkenaan berada di dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi mana nama mereka terdapat di dalam maklumat pendaftaran SSM.

"Selain itu bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja,” katanya.

Beliau menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai sama ada warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan boleh menggunakan nama pasangannya untuk menjalankan perniagaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu Mohd Jafni berkata, Jabatan Penguatkuasa 16 PBT di negeri itu telah melaksanakan 454 operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan warga asing bermula 2022 hingga 31 Januari lepas.

Beliau berkata, sebanyak 577 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pelbagai kesalahan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melaksanakan aktiviti penguatkuasaan tertinggi melibatkan 315 operasi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Tiada larangan warga asing guna nama pasangan berniaga di Johor #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Johor #WargaAsing #SSM #PBT

Dramatic Military - Starla Music