Mengeluh gaji tak cukup, tapi pakai telefon bimbit mewah

Jangan kerana nak nampak bergaya, terpaksa berhutang dan akhirnya mengeluh apabila duit gaji tak cukup. - Foto 123RF
Jangan kerana nak nampak bergaya, terpaksa berhutang dan akhirnya mengeluh apabila duit gaji tak cukup. - Foto 123RF
A
A
A

BARU-BARU ini Merak Jalanan melepak bersama sahabat lama di sebuah kedai kopi yang di hadapannya terletak sebuah kedai gajet untuk telefon bimbit berjenama mewah.

Lebih kurang dua jam minum kopi sambil bersembang cerita politik negara, Merak Jalanan perhatikan ramai anak-anak muda berpusu-pusu keluar masuk kedai gajet tersebut.

Merak Jalanan terfikir, mereka yang masuk ke kedai itu sudah tentu memiliki telefon jenama mewah berkenaan yang berharga RM3,000 hingga RM6,000 seunit, atau mungkin lebih dari itu.

Melihat anak-anak muda yang masuk ke kedai itu, Merak Jalanan tertanya-tanya, apakah pekerjaan mereka sehingga mampu membeli telefon berharga mahal sebegitu.