Mekanik didenda RM3,000 perdaya beli telefon bimbit

Gopinath (tengah) diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.
Gopinath (tengah) diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang mekanik didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya dalam urusan pembelian telefon bimbit membabitkan nilai RM7,500 di Terminal One, di sini bulan lalu.

Tertuduh P Gopinath, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdaya promoter sebuah kedai telefon bimbit yang berusia 20 tahun dengan mendorongnya menyerahkan dua telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Z Flip 4 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan telefon tersebut sekiranya mengetahui pembayaran belum dijelaskan.