Polemik 3R wujud dalam setiap kaum, bukan hanya Melayu

Shamsul Amri - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
Shamsul Amri - FOTO MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Salah faham yang berlaku dalam polemik 3R (agama, kaum dan institusi raja) dilihat lebih berat dan terarah kepada kaum Melayu atau parti politik Melayu, sedangkan ia disifatkan wujud dalam setiap kumpulan kaum di negara ini.

Felo Akademi Sains Malaysia Kursi Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, sentimen 3R dalam politik atau disebut 'identiti politik' wujud apabila kebanyakan parti politik mendakwa mereka mewakili suara dan perjuangkan setiap daripada kumpulan etnik yang ada.

“Sebab itu 3R ini dijadikan permainan sesetengah pihak bagi mengaburi perkara asas dan menjurus kepada satu kategori etnik sahaja, sedangkan ia wujud dalam setiap kumpulan kaum dan bukan hanya Melayu.

"Kategori ini sudah jadi seperti hal peribadi, dengan gelaran Melayu tetapi tidak tanya (sama ada etnik) Jawa atau sebagainya," katanya dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Penyebaran ideologi asing: Lunturkah semangat patriotisme?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Turut diundang sebagai panelis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Zahrin Aris.

Shamsul Amri berkata, isu 3R kini semakin sukar untuk dijelaskan ekoran setiap kaum digambarkan dengan pelbagai ciri-ciri tertentu yang melibatkan beberapa bidang antaranya agama dan ekonomi.

"Inilah yang dipersoalkan. Jadi apabila ditimbulkan isu 3R, bukan hanya Melayu ada 3R, Cina dan India juga ada (iaitu) melibatkan bahasa, kebudayaan juga pendidikan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: