'Belilah apa dihajati dengan bantuan RM200 ini'

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf setahun bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh negeri ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.
"Setiap keluarga asnaf akan diberi peluang berbelanja barangan dapur dengan peruntukkan RM200.
"Program Dapur Asnaf iaitu program belanja kepada asnaf, di mana asnaf ini akan di bawa ke pasar raya atau kedai yang berhampiran untuk membeli barang keperluan harian.