Sasar 70,000 pengunjung, perolehan RM1.5 juta

EXPERT 2023 himpun usahawan, promosi produk tempatan

A
A
A

Shaik Hussein (berbaju biru) menunjukkan produk makanan yang dihasilkan usahawan yang menyertai siri EXPERT pada tahun lalu.
Shaik Hussein (berbaju biru) menunjukkan produk makanan yang dihasilkan usahawan yang menyertai siri EXPERT pada tahun lalu.



BUTTERWORTH - Ekspo Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) EXPERT 2023 kembali lagi dan bakal berlangsung di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, di sini bermula 28 September hingga 1 Oktober depan.

Dengan membawa tema 'Dimensi Usahawan Madani’, EXPERT 2023 yang masuk siri penganjuran kali kedua itu bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk 250 gerai jualan dan perkhidmatan, karnival kerjaya, persembahan artis serta banyak lagi.

Pengerusi PERDA, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin berkata, EXPERT 2023 diperkenalkan bertujuan untuk mempromosikan produk keluaran para usahawan khususnya dari kawasan luar bandar Pulau Pinang.

Menurutnya, platform tersebut memberi ruang menyeluruh kepada para usahawan yang telah menjalankan perniagaan mahupun yang baru menceburi bidang keusahawanan.

EXPERT 2023 menyediakan platform promosi yang berpusat serta komprehensif untuk para usahawan memperkenal serta mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan mereka.
EXPERT 2023 menyediakan platform promosi yang berpusat serta komprehensif untuk para usahawan memperkenal serta mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan mereka.



"Melalui ekspo ini, PERDA menyediakan platform promosi yang berpusat serta komprehensif untuk para usahawan bumiputera Pulau Pinang memperkenal dan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat mereka.

"Kita juga mahu menggalakkan aktiviti jualan dan promosi produk serta perkhidmatan di samping membantu meningkatkan pendapatan jualan para usahawan melalui ekspo yang dianjurkan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Shaik Hussein memberitahu bahawa pada kali ini sebanyak 250 penyertaan gerai pameran dan jualan akan dibuka terdiri daripada 182 Booth Usahawan: Pavillion PERDA, gerai pameran agensi dan jabatan kerajaan, penyertaan laman ternakan dan tani, auto sale dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:


Jelasnya, selain daripada jualan dan promosi produk-produk usahawan bumiputera, pelbagai aktiviti sampingan telah disusun sepanjang ekspo berlangsung yang antaranya ialah pameran dan perkhidmatan agensi kerajaan.

Sebanyak 250 penyertaan gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang EXPERT 2023 yang akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober 2023.
Sebanyak 250 penyertaan gerai pameran dan jualan akan dibuka sepanjang EXPERT 2023 yang akan berlangsung pada 28 September hingga 1 Oktober 2023.



Katanya, pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan agensi kerajaan dan perkhidmatan secara terus di kaunter bergerak.

"Terdapat banyak lagi pengisian menarik seperti forum keusahawanan dan sesi pemadanan perniagaan, program bertemakan keagamaan, sukan rakyat, karnival kerjaya, aktiviti hiburan dan santai serta lain-lain lagi.

"Secara keseluruhannya, EXPERT 2023 menyasarkan penyertaan lebih 250 usahawan dengan nilai jualan serta pemerolehan kontrak berjumlah RM1.5 juta dengan kehadiran lebih 70,000 orang pengunjung.

"Justeru, PERDA ingin menjemput orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang untuk ramai-ramai memeriahkan EXPERT 2023 yang bakal berlangsung selama empat hari nanti," ujarnya.

No Image Caption



Aktiviti Tarikan Pengunjung di EXPERT 2023:

-Sambutan Maulidur Rasul

-Pertandingan Azan, Bercerita Sirah Nabi & Nasyid

-Women’s Friday - Kelas Tutorial Make Up

-Jualan Expert Madani PERDA

-Program Jualan Rahmah

-Cat Show

-Persembahan Maskot

-Rakan Muda – Rakan Litar

-Bintang Kecil – EXPERT Got Talent

-EXPERT Batik Fun Run 2023

-Program Robotik

-Karnival Kerja

-Pameran Aset Agensi Keselamatan

-e-Games

-Pertandingan Karom

-Baby Fashionista

-Fitness Jams @ EXPERT 23

-Pertandingan Mewarna

-Pertandingan Buskers

-Pertandingan Motor Custom

-Pertandingan Permainan Traditional Klasik

-Konsert EXPERT 2023 (Inteam, UNIC, Ella, Iman Troye, Chombi, Ronny Hyper Act, Iera Milpan, Zamani, Dato Hattan, Dato Jeffrydin)

Acara dan program harian EXPERT 2023:

-Persembahan Buskers

-Business Matching dan Onboarding Session Usahawan

-Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah harian serta Hadiah Bonanza bernilai lebih RM15,000.