Treler muatan susu formula terbakar

Treler membawa susu formula terbakar di Kilometer 428, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung, pada Selasa.
Treler membawa susu formula terbakar di Kilometer 428, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung, pada Selasa.
A
A
A

HULU SELANGOR – Sebuah treler yang membawa muatan susu formula hangus dalam kebakaran di Kilometer 428, Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Bukit Beruntung, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.48 petang.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa serta Rawang dikejarkan di lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, kita mendapati sebuah lori jenis Volvo terbakar 90 peratus, namun tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Anggota bomba dan penyelamat giat memadamkan kebakaran.
Anggota bomba dan penyelamat giat memadamkan kebakaran.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati treler itu dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Bukit Beruntung.

"Kebakaran dipercayai bermula dari bahagian tayar belakang kenderaan berat itu sebelum merebak ke bahagian lain.

"Seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga pemandu kenderaan itu terselamat dalam kejadian itu. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.30 petang,” katanya

Artikel Berkaitan: