Banjir di Perak pulih, PPS terakhir ditutup

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Banjir di Perak pulih sepenuhnya dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Kerian ditutup tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD ) Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak yang menempatkan 42 orang daripada 10 keluarga.

"Penduduk yang terjejas mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan banjir yang mulai surut dan selamat untuk kembali ke rumah mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, kesemua mangsa itu dipindahkan ke PPS SK Changkat Lobak selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang berlaku, sejak minggu lepas.

Mohd Sabli berkata, pihaknya turut melaksanakan pemantauan terutamanya penempatan penduduk di kawasan rendah berdekatan tebing sungai.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terlibat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan menguruskan PPS SK Changkat Lobak dengan baik.

Hujan berlebihan sejak Khamis minggu lepas dilaporkan menjadi punca air naik di beberapa kawasan di Taiping dan Kerian menyebabkan beberapa PPS terpaksa dibuka untuk menempatkan mangsa banjir yang terjejas. - Bernama

Artikel Berkaitan: