Mangsa banjir di PPS SMK Changlun meningkat kepada 61 orang

PPS SMK Changlun dibuka sejak malam Isnin susulan paras air semakin meningkat. - Foto APM
PPS SMK Changlun dibuka sejak malam Isnin susulan paras air semakin meningkat. - Foto APM
A
A
A

JITRA - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun meningkat kepada 61 mangsa setakat jam 8 pagi pada Selasa.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, pertambahan jumlah mangsa itu disebabkan paras air yang semakin naik susulan air sungai yang melimpah akibat hujan berterusan pada malam Isnin.

"Status air kini semakin menaik dan pemantauan sedang dilakukan anggota APM Kubang Pasu di kawasan terjejas.

APM membuat persediaan di PPS SMK Changlun bagi menampung bilangan mangsa banjir yang meningkat pagi Selasa. - Foto APM
APM membuat persediaan di PPS SMK Changlun bagi menampung bilangan mangsa banjir yang meningkat pagi Selasa. - Foto APM

"Kesemua mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 21 lelaki dewasa, wanita dewasa (18), kanak-kanak (17), warga emas (3) dan bayi (2)," katanya dalam satu kenyataan pada pagi Selasa.

Muhammad Suhaimi berkata, Mereka dipindahkan sementara di PPS SMK Changlun berikutan paras air yang semakin meningkat dan memasuki rumah mereka.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan melaporkan, 21 mangsa daripada enam keluarga dipindahkan ke PPS SMK Changlun berikutan paras air yang meningkat susulan hujan lebat.

Artikel Berkaitan: